PENGENALAN

MENGENAI ANGKASA-UMK Research Academy (AURA)

ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) adalah hasil kerjasama daripada pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). AURA ditubuhkan pada awal tahun 2021 yang diletakkan dibawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP). Tujuan penubuhan AURA adalah untuk menerajui bidang penyelidikan, latihan dan pembangunan koperasi demi kesejahteraan industri koperasi dan keusahawanan sosial.

Selain itu, AURA juga berperanan dalam menyediakan modul-modul keusahawan, seminar, siri syarahan dan program lain dalam membantu memberikan input dan output berguna untuk menjamin kelestarian koperasi.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 17 Julai 2020 di Dewan Dato' Ali Baharum Wisma Ungku A. Aziz

Learn More